Rabu, 16 Jun 2010

Buncis Ayam D'Goreng


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Dah lama izzah x update blog ni. Biasalah, cuti sekolah..mcm program kena buat. Pasti anda semua pun begitu kan? Ada yang pergi melancong, jalan2 cari makan dan ada juga yang berkelah bersama keluarga. Kalau nak pi berkelah, mesti anda tidak lupa untuk membawa bekalan makanan. Lebih2 lagi makanan yang dimasak sendiri di rumah. Tapi ada juga yang suka buat aktiviti BBQ semasa berkelah. Bagi izzah lebih senang sekiranya memasak di rumah. Sampai di tempat perkelahan kita cuma perlu basuh tgn dan terus makan. Bekalan yang sesuai dibawa ketika nak p berkelah ialah seperti mee goreng (segala jenis mee) dan nasi goreng. Lauk-pauk tambahan pula seperti salad (segala jenis salad), ayam goreng dan sayur goreng. Jarang org pi berkelah bawa mknn yg berkuah.
Kali ini izzah nak perkenalkan resepi sayur goreng iaitu Buncis Ayam D'Goreng. Dengar mcm sedap, tentulah rasanya sedap..lebih2 lg dari air tgn anda sendiri yang membuatnye. Resepi ini cukup ringkas dan mudah. Sesuai untuk dimakan bersama nasi goreng atau nasi putih. Cuba jangan x cuba ya!
Bahan-bahan:
20 btg kacang buncis
1 potong daging ayam tanpa tulang
2 labu bawang merah (dikisar/tumbuk)
setengah batang lobak merah
setengah mangkuk air
sedikit serbuk lada sulah
garam dan perasa makanan secukup rasa
3 sudu minyak masak
Cara-cara:
1. Potong kacang buncis secara menyerong.
2. Potong daging ayam secara nipis-nipis.
3. Potong lobak merah panjang-panjang.
4. Panaskan minyak, tumis bawang hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan ayam, goreng hingga masak.
6. Selepas itu, masukkan air. Tunggu hingga mendidih.
7. Masukkan kacang buncis dan lobak merah.
8. Akhir sekali, masukkan garam, serbuk lada sulah dan perasa makanan ke dalam masakan secukup rasa.
9. Setelah siap masak, taburkan sedikit hirisan daun sup sebagai hiasan.
10. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

Khamis, 10 Jun 2010

Yummy Yummy Muffin



Assalamualaikum & salam 1 Malaysia;

Diharap semuanya dalam kesihatan yang baik. Bila sebut shj bab kesihatan, mesti dalam fikiran kita teringat psl makanan. Hidup ini utk makan atau makan utk hidup? Apapun persepsinya, hari-hari kita mesti kena makan. Betul x? Sebagai perempuan, sehari x masuk dapur mmg x sah. Dah menjadi tugas hakiki bg org perempuan, setiap hari dapur mesti 'berasap'. Tak kisah la walaupun sekadar masak air jer..
Sebagai permulaan blog ni, Izzah nak berkongsi dgn anda semua resepi yang mudah tapi sedap. Bagi peminat coklat, pasti suka dgn resepi ni. Anda x perlu 'membakarnya', cuma hanya adun dan kukus. Mudah je kan? Jangan risau, resepi yang Izzah akan kongsi dengan anda semua adalah resepi-resepi yang Izzah sendiri dah cuba. So, pasti jadi kalau anda mengikut bahan-bahan dan cara-caranya dengan betul. Ayuh! apa tunggu lagi..sediakan kertas dan pen (nnt mudah nk bawa resepi ni ke dapur). Cuba jgn x cuba. Selamat mencuba!



Muffin Coklat Kukus
(Sumber dari Chef Zubaidah Che Pa)
(Gambar diperolehi dari Dari Dapur CT)

Bahan-bahan:

250 gm tepung superfine/ tepung halus. (Izzah guna tepung gandum)
75 gm serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder (Yg ini Izzah tambah sendiri coz guna tepung gandum)
Secubit garam
350 gm gula icing (Izzah guna gula kastor)
250 gm mentega (Izzah guna buttercup)
3 biji telur
1 cawan air panas

Cara-cara:
1. Ayak tepung, soda bicarbonate, baking powder, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi berselang-seli dengan air panas. (pukul secara manual)
5. Isikan adunan ke dalam papercups dan kukus selama 15 minit.